Teluk Rubiah Beach and Golf Resort
Kami bercadang ingin mengadakan reunion ke 20tahun
Bagi Pelatih IKM.PJ 87-89
Tempat : Teluk Rubiah Beach & Resort
Tarikh : 22hb-23hb. Disember 2007
Sasaran : Jurusan Lukisan Seni Bina
Sila beri komen di ruang ini untuk kita menjayakan program ini.
Terima Kasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
23 ulasan:
Sewanya dah tahu. Bagaimana dengan makan malam. Buffet style atau kita nak buat BBQ. Kalau makan kat restoren dia berapa sekepala(buffet)?
Boleh tolong tanya tak?
Aku rasa ye kita cuma tidor satu malam je kat sana...jadi malam tu kita buat BBQ je laa...Tak payah nak pergi restorant...Kita masak nasi lauk sardin je....lepas tu bakar ikan, ayam, udang, sotong & daging. Pagi esoknya....kita ramai2 masak nasi lemak jee...dan goreng cucuk kodok...aku rasa cam ni ok...lagi pon masa tu suasana hri raya haji masih terasa...tentu ada yang bawak rendang daging dan lemang...topup je lah mana yang patut...apa kata semua??
Nak check in dalam pukul berapa? kena tau gak nak bertolak dari sini kul berapa? atau dari rumah En.K kul berapa? Kena sit down bincang nie dia punya aturacara.
Kena senaraikan siapa yang nak pergi dan berapa ramai Adult, Child dan Infant. Senang nak organize, kalau tidak nanti kat sana kelam kabut...
Apalah Naim ni, kepala tak main le. Kita main BBQ je laa... ada orang sponser sardin, ikan, ayam, udang, sotong dan DAGING ! (daging apa tu bang.. ini yg syok ni).
Lepas tu siap nak masak Nasi Lemak lagi dengan goring KODOK. Dah lepas tu makan rendang dengan lemang. Nak bagi TOP-UP prepaid lagi korang ni yeee. Bila balik dah nyantok. Mati KODOK. Pelahap betul... kah...kah...
haiii nak komen pun kena mintak approval.
Mm....Betul gak tu....kalau cam tu kita mesti bagi tugas masing-masing...supaya ramai yang terlibat...jangan cuma satu dua org je....kita mesti buat undian president program, timb. president,
setiausaha, bendahari, ajk biro-biro. baru mudah cara kerja ni...
Setuju, kita lantik AJK dulu, meeting dulu.
Ha.. zack dah buka petak undi kat blog dia. Marilah Mengundi...
Zack pls lah buang word verification ni lecehlah.
Ok...aku dah buang daa....hantar je tanpa tapisan....tapi jaga tatacara dan bersopan di blog ni...ok..
Nampaknya Undi zul telah mendahului yang lain. Memang pon aku rasa dia layak untuk jawatan ini. Semasa dia di IKM dulu pun dia ni bekas BPP. Jadi basic untuk jadi pemimpin tu dah memang ada.
apa kata semua?
saya setuju sangat2 la ..
satu je nk bg ko ingat..jgn buat zul mrh la ..kang ada yg lebam mata tau..heeee..
r'man, janganlah ingat peristiwa yang lepas....aku takut tau...aku baru je dapat mata baru ni....kang terbang duit aku lagi kang....wawawaw
Cittt...kau nie betul le Wak..itu certta lama masa zaman jahiliah kita...waaaa...
Ajiss...angkat hujan jemuran dah turunnn...:(
Wei...jangan lah gaduh..gaduh lagi....pilihanraya belum tamat lagi...Kau ni Rahman jangan lah buat provokasi...untuk nak capai kemenangan. Buatlah kempen pilihanraya yang bersih..supaya para pengundi percaya akan kebolehan awak.
Ehhh sory la, kita lupakn la cete lama tu..mari kita bina semangat baru utk kumpulkn semua kwn2 kita ni..ramai lagi yg tk dpt dicontact lg ni..
zac ni column utk reunion tk masuk dlm pilihanraya kita ni..tp aku dh comment la dlm column tu..
ye laa....komen kau tu macam nak berkempan pulak...siap provokasi lagi...Minggu depan kita cerita yang lain lak ye...
Korang ni dok borak je ni. Nak buat lebih/kurang 3 bulan lagi, apa pun tak rancang lagi ni.
Siapa nak pergi, nak booking tempat, kutipan macam2 lagi.
Sabar lah sikit Juky....kita kena tunggu kerusi penting bagi majlis tertinggi Reunion ni di penuhi...lepas tu presiden akan panggil semua untuk bersidang dan merangka kertas kerja yang bakal di bentangkan pada semua ahli.
Ok aku dah dapat informasi terkini dari Crystal Bay,rate yang terpapar tu bole "kawtim" lagi tapi tak tau berapa banyak le kurang nye...kata org perak. Lagi sepekara lagi kita kena buat tempahan dari sekarang sebab ramai gak yg ada buat tempahan. Ate... ada lebih baik kalau kita sediakan dulu senarai nama keluarga dan jenis bilik apa yang di tempah. Tengok dari haribulan yang kit rancangkan tu 22 dan 23hb Dis kan? 2h 1m.Jadi kita kena check in pada 22hb tengahari dan check out pada tengahari 23hb. Dan satu lagi kita kena rancang ape programme nak dibuatnye pada petang tu, malam dan ke esokkan harinya. Kita kena duduk semeja bincangkan banyak perkara. Jangan tunggu last min baru nak bincang, nanti masalah.
Aku harap Zakri dapai sediakan satu senarai nama keluarga yang nak pergi. Tolong sertakan berapa ramai ahli keluarga dan umur masing2. Kepada siapa yang nak tinggal lebih hari pon tolong bagitau. Akhir sekali ingin aku berpesan, ini adalah cadangan saja. Untuk menjayakan programme ini aku harap sangat la tak kena pergi laut.
Zakri kalau kau was-was macamana nak buat senarai tu, kau call aku ehh...
Hai...kat sini pon dah sejuk dah...zakri kau off air-cond ke?
:(
Jap....aku minggu lepas tu bz sangat lee...nanti aku sedia kan senarai sesiapa yang berhajat nak pergi.....ok....jangan mareee..yeee
Catat Ulasan