Khamis, Ogos 28, 2008

Album Nostalgia IKM

Inilah album nostalgia yang menjadi kenangan semasa di IKM 20 tahun yang lepas. Mari kita Layannnnnn...

Isnin, Ogos 25, 2008

Jamuan Sambutan Ramadhan

presentation or Upload your own.

Tahniah di ucapkan pada Marzuki kerana telah berjaya mengadakan Jamuan Sambutan Ramadhan yang di adakan di rumahnya pada hari sabtu 23hb. Ogos 2008. Walaupun hanya 5 keluarga yang hadir, kemeriahan tetap di rasakan dengan juadah makanan yang beraneka yang di bawa oleh tetamu yang hadir. Di antara juadah yang telah di sediakan ialah :-
  • Marzuki - Nasi Impit Lontong & Air Hijau Istimewa
  • Zulkifly - Sate Ayam & Daging (300 Cucuk)
  • Zacrye - Mee Hoon Goreng (1 Periuk), Dadih Kiwi & Dadih Mangga
  • Mieha - Kuih Seri Muka Durian & Pulut Hitam (2 Talam)
  • Roshaizad - Kerepek (1 Bag Plastik Besar)
  • Rahman - Pinggan & Cawan Kertas.

Harapan kami agar program seperti ini akan selalu di adakan di masa mendatang.

Akhir kata dari kami :

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semoga amalan yang di lakukan di terima oleh Allah snt.

Rabu, Ogos 20, 2008

Ibrahim Daud


Inilah dia senior kita yang telah sudi melawat blog kita ini yang mempunyai nickname "eindaud"
Beliau adalah bekas pelatih IKMPJ sessi Julai 86-Jun 88 dalam jurusan Lukisan Seni Bina (Studio B). Sebagaimana yang di beritahu melalui bilik borak laman blog ini, beliau sekarang menetap di Rawang dan telah mempunyai 7 orang cahaya mata dan sering jumpa dengan Ustaz Rashid & Siti Aida.

Rabu, Ogos 06, 2008

Keluaran Sulong Warkah Warisan


Tahniah diucapkan kerana "newsletter" yang kita tunggu sekian lama akhirnya telah di lancarkan penerbitannya pada pagi tadi oleh Ketua Editornya sendiri iaitu Sdr. Marzuki Mohd. Hashim. Newsletter ini di beri nama Warkah Warisan dan di lancarkan di laman blog berikut : http://wwnewsletter.blogspot.com
Menurut ketua editor Sdr. Marzuki, Warkah Warisan ini akan di terbitkan sebulan sekali dan beliau memohon kepada semua bekas pelatih ikmpj8789 yang mempunyai bahan-bahan untuk di muatkan dalam Warkah Warisan ini bolehlah emailkan padanya di alamat : juky05@gmail.com
Xikmpj8789