Sabtu, Jun 28, 2008

Laporan Reunion & Bermain Badminton

Berjaya juga akhirnya kami mengadakan perjumpaan reunion sambil bermain badminton di Taman Bukit Maluri, Kepong. Walaupun tidak ramai yang hadir namun sudah cukup untuk kita beramah mesra. Diantara yang hadir adalah Rahman, Mieha sekeluarga, Tan'im sekeluarga, Yusri (Bute), dan Zakri 3 beranak.
Gembira sungguh perasaan masing-masing kerana dapat mengenangkan masa silam semasa di IKM dulu dan bermain badminton bersama-sama. Kami semua yang hadir bersetuju untuk mengadakan lagi perjumpaan seperti ini untuk beriadah bersama keluarga dan bermain badminton di tempat yang sama memandangkan lokasinya yang strategik dan dewan yang selesa.
Kami ingin merakamkan terimakasih kepada penaja yang menaja pada hari tersebut iaitu:-
  • Ahmad Miharuddin Mahir Affandi - Sewa Gelanggang
  • Abd. Rahman Hassan - Shuttlecock
  • Tan'im Harun - Makanan (Sandwich Telor & Hot Dog)
Terimakasih juga pada Yusri (Bute) kerana hadir pada kali ini walaupun terlewat dan tidak dapat bermain badminton bersama-sama. Kesudian beliau untuk berjumpa dengan kami di sini amatkan membanggakan kami dengan semangat setia kawan.
Sekian laporan saya mengenai perjumpaan reunion dan bermain badminton di Dewan Badminton Starplus, Taman Bukit Maluri, Kepong.

Jumaat, Jun 27, 2008

Reunion X-IKMPJ.Jan88-Dec89

Bekas pelatih IKM Petaling Jaya bagi sessi Jan.1988 - Dis.1999
telah membuat laman blognya sendiri dan telah beberapa kali membuat reunion.

Kunjungilah laman blognya untuk mengetahui lebih detail tentang reunion yang telah di adakan.
http://xikmpj8889.blogspot.com/

Khamis, Jun 26, 2008

Marzuki Mohd Hashim

Inilah 4 orang hero Marzuki yang comel-comel.
Ucapan Hari Bapa daripada anak-anaknya membuatkan aku tergelak sendiri...bagaikan ia mengerti keadaan bapanya, walaupun masih kecil lagi.

Marzuki Mohd Hashim
e-mail : juky05@gmail.com
http://inkema.blogspot.com
Tel : 017-3525860

Majalah Warisan IKM.PJ


Inilah majalah warisan '87 dan '88 yang menjadi kenangan semasa kita di IKM PJ dulu. Majalah ini menggunakan format PDF dan jika ingin memuaturun, klik saja di cover majalah berkenaan.

Jumaat, Jun 20, 2008

Zainal Annuar (Minang)


Zainal Annuar (Minang)
Tel : 019-6630054
E'mail : zakhsk@yahoo.com

Khamis, Jun 19, 2008

Takziah Kepada Bekas Pelatih IKMPJ8789




Al-Fatihah

Marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada
kawan-kawan kita yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita.

Ralat

Saya sebagai penulis blog ini, ingin memohon ribuan kemaafan kepada Sdr. Hassan (LBS-B) kerana telah menyiarkan gambarnya sebagai kawan-kawan yang telah meninggal. Sebenarnya Sdr. Hassan sihat-walafiat dan masih lagi bersama-sama kita di bumi nyata ini. Harapan saya agar perkara yang seperti ini tidak akan berulang lagi di masa yang akan datang. Harap Maaf.

Isnin, Jun 16, 2008

Ahad, Jun 15, 2008

Azizuddin Zailan (LRB)


Ini adalah keluarga bahagia Azizuddin Zailan (LRB) yang telah mempunyai isteri 2 orang anak.
Beliau boleh di hubungi melalui :
e-mail : azizailan@gmail.com
Tel : 019-3617166

Sabtu, Jun 14, 2008

Abd. Rahman Hassan


Ini adalah keluarga bahagia Abd. Rahman yang mempunyai isteri 2 orang anak.
Beliau boleh di hubungi melalui :
e-mail : abdrahman.hassan@acevector.com.my
Tel: 019-3678808

Ahmad Miharuddin Mahir Afandi


Inilah keluarga bahagia Mihar yang telah mempunyai isteri 4 orang anak.
Mihar boleh di hubungi melalui :
e-mail : mieha202@gmail.com
Tel : 019-3884165

Jumaat, Jun 13, 2008

Jom Main Badminton


Sukacita dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan aktiviti
Jom Main Badminton pada :-
Tarikh :28hb. Jun, 2008 (sabtu)
Masa :9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Gelanggang No : 22
(Resit Tempahan Gelanggang di sertakan di bawah)
Tempat :Dewan Badminton Starplus,
No:19 & 21, Tmn Bukit Maluri Industri Area,
Kepong, 52100 Kuala Lumpur
Tel.: 03.627.445.44
(Sky View Map di sediakan di bawah)


Semua bekas-bekas pelatih ikmpj8789 lelaki dan perempuan bersama keluarga dijemput hadir.

  • Sila datang dengan kelengkapan bermain badminton seperti ;
  • Kasut yang sesuai bermain di dewan badminton ( yang tidak meninggalkan tanda di atas court, iaitu tapak berbentuk "wwww")
  • Riket Badminton yang sesuai.
  • Baju jenis cotton (cepat serap peluh)
  • Seluar sukan (track bottom)
  • Kos Perbelanjaan Main Badminton: (Kadar Bayaran ada di sertakan di bawah)

      • Sewa Gelanggang : $26.00 untuk main 2 jam (Pada kali pertama ini En. Ahmad Miharuddin Mahir Afandi telah menaja untuk bayaran sewa gelanggang. Saya sebagai penganjur ingin merakamkan ribuan terimakasih,)
      • Shuttlecock : $50.00 untuk 1 tabung ( Pada kali ini En. Abd. Rahman Hassan bersetuju untuk menaja shuttlecock. Saya sebagai penganjur ingin merakamkan ribuan terimakasih.)
    • Jumlah : $74.00 (Percuma untuk kali ini...Anda hanya perlu datang saja dan bawalah air dan makanan sekali ye untuk kawan-kawan.)




    Xikmpj8789