Khamis, November 27, 2008

Mencari Ahmad Nazzar Hussien


Ahmad Nazzar Hussien yang terselit di antara dua adik angkat perempuannya itu sedang di cari oleh kawan-kawan di blog ini. Beliau berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang....dan tidak dapat di kesan sejak keluar dari IKMPJ Julai 1989 hingga sekarang. Jika ada sesiapa yang mengenali beliau dan tahu tentang keadaan beliau, bolehlah bagi komen di ruangan ini. Harapan agar pengunjung blog ini akan dapat membantu mengesan kawan kami yang telah sekian lama menghilang dari pandangan kami....Hanya gambar saja yang menjadi ingatan.

Rabu, November 26, 2008

Reunion xikmpj8890


Reunion xikmpj8889 yang di adakan pada tahun lepas di rumah Pak Dean. Yang aku kenal kat sini cuma isteri Mihar je...yaitu Hasleezan (Yang). Tapi yang lain tengok macam kenal, tapi nama tak tahu. Kenapa Mihar tak de dalam gambar ni ye?

Isnin, November 24, 2008

Zurina Din


Inilah dia Zurina Bt. Din (xikmpj8789 Studio LSB 3B) yang bekerja di KLC di Pandan Indah, sama office dengan Zaniza. Zurina telah berkahwin dan suaminya bekerja di Mikuni Malaysia di Petaling Jaya dan mempunyai cahaya mata 3 orang.
Contact Zurina:-
skype id: zurina bt din
email : anautanaji@yahoo.com

Jumaat, November 21, 2008

LRB 3C ikmpj8789


Tak tahu apa yang nak aku ceritakan lagi kat ruang ini....
Terlalu banyak kontrovesi yang tercetus....
Tak pe...aku lupakan saja masalah itu...
Biarkanlah ianya berlalu begitu saja...
Tanpa komen apa-apa.....
Cerita pasal Norzimah (Gee)pulak laa.....
Mengikut kata gee di chatbox ini dia sekarang kerja di Saba Consultant Sdn. Bhd.
Untuk pengetahuan semua Gee ini ada mengidap sejenis penyakit...
Meh kita ikuti apa yang Gee katakan :-
gee: maap la kenkawan... geografi dulu dpt cangkul tu yang tak tau peta malaysia..... buat pengetahuan kenkawan gee pun tak berapa sihat, ada hyperthyroidism. Sekrg tgh follow up dgn SJMC dan ambil ubat
gee: Gee ambil ubat carbimazole neomercazole every day, tapi dah nak beransur pulih.... TSH dan T4 dah ok cuma T3 ada masalah lagi. Reading agak rendah lagi
gee: Every month ambil darah.... dulupun 1996 ada masalah kidney, sekrg

gee: dah ok... Alhamdulillah pulih sepenuhnya, selama sethn setgh ambil steroid. Tuhan masih ber peluang untuk hidup lagi.

Selasa, Oktober 28, 2008

Beraya Di Rumah Terbuka


Pada hari sabtu yang lepas hanya Zainal Abidin B. Abdul Rahman (X-IKM LSB-B) yang sempat aku bertemu, sebab kawan-kawan lain tidak dapat menghadirkan diri di atas masalah masing-masing dan mempunyai berbagai alasan.
Seronok jugak lah rumah terbuka Fazilawatie ni. Dia buat di Dewan Cita Kondominium berdekatan dengan swimming pool dan play ground membuatkan anak2 yang kita bawa tidak merasa bosan. Makanan yang di hidangkan mewah sekali...Sate, Lemang, Nasi Tomato, Kek pelbagai, A.B.C., dan banyak lagi....tak ingat dek aku ni...
Dapatlah berborak ngan Bidin ni....dia baru lepas konvo di Uitm. Sekarang dia kerja di Autoventure Mando Sdn. Bhd. di Meru Klang sebagai Production Executive.
Contact no : 012-3965159
Email: arnavh@tm.net.my

Tentang Fazilawati pulak dia telah kehilangan suami tersayang yang telah meninggal 4 tahun yang lepas kerana masalah usus. Dia hanya ada seorang saja anak lelaki yang telah berumur 14 tahun. Kalau nak hubungi beliau bolehlah di no : 012-2504332.

Di rumah terbuka Rahman pulak aku hanya jumpa dengan Tan'im sekeluarga saja. Ramai saudara Rahman yang turut hadir. Agak bz gak Rahman nak layan tetamu. Yang gembira anak-anak lah sebab dapat duit raya bila nak balik tu..


Jumaat, Oktober 17, 2008

Jemputan Rumah Terbuka Rahman


Abd. Rahman Hassan (X-IKMPJ 8789)

Menjemput kawan-kawan yang mengenalinya untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang di adakan pada :-

Tarikh: 26.10.2008 (Hari Ahad)
Masa : 2:00pm - 6:00pm
Alamat : B-7-3, Kondo Danau Murni, Jalan 1/109F,
Taman Desa, Kuala Lumpur.

Jemputan Rumah Terbuka Fazilawati


Fazilawati Abd. Rahman (X-IKMPJ 87-89)


Menjemput member2 yang mengenalinya datang ke jamuan rumah terbuka hari raya aidil fitri di rumahnya di Cita Damansara Kondominium, pada:-

Hari: Sabtu
Tarikh : 25.10.2008
Jam : 2pm - 7pm
Tempat : Swimming Pool Terrace, Blok B,
Cita Condo, Jalan PJU3/27,
Sunway Damansara, Petaling Jaya,
Selangor.
Keterangan Lanjut Boleh Hubungi Zarina Ahmad Di No. : 019-3729026

Jumaat, September 26, 2008

Khamis, Ogos 28, 2008

Album Nostalgia IKM

Inilah album nostalgia yang menjadi kenangan semasa di IKM 20 tahun yang lepas. Mari kita Layannnnnn...

Isnin, Ogos 25, 2008

Jamuan Sambutan Ramadhan

presentation or Upload your own.

Tahniah di ucapkan pada Marzuki kerana telah berjaya mengadakan Jamuan Sambutan Ramadhan yang di adakan di rumahnya pada hari sabtu 23hb. Ogos 2008. Walaupun hanya 5 keluarga yang hadir, kemeriahan tetap di rasakan dengan juadah makanan yang beraneka yang di bawa oleh tetamu yang hadir. Di antara juadah yang telah di sediakan ialah :-
  • Marzuki - Nasi Impit Lontong & Air Hijau Istimewa
  • Zulkifly - Sate Ayam & Daging (300 Cucuk)
  • Zacrye - Mee Hoon Goreng (1 Periuk), Dadih Kiwi & Dadih Mangga
  • Mieha - Kuih Seri Muka Durian & Pulut Hitam (2 Talam)
  • Roshaizad - Kerepek (1 Bag Plastik Besar)
  • Rahman - Pinggan & Cawan Kertas.

Harapan kami agar program seperti ini akan selalu di adakan di masa mendatang.

Akhir kata dari kami :

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semoga amalan yang di lakukan di terima oleh Allah snt.

Rabu, Ogos 20, 2008

Ibrahim Daud


Inilah dia senior kita yang telah sudi melawat blog kita ini yang mempunyai nickname "eindaud"
Beliau adalah bekas pelatih IKMPJ sessi Julai 86-Jun 88 dalam jurusan Lukisan Seni Bina (Studio B). Sebagaimana yang di beritahu melalui bilik borak laman blog ini, beliau sekarang menetap di Rawang dan telah mempunyai 7 orang cahaya mata dan sering jumpa dengan Ustaz Rashid & Siti Aida.

Rabu, Ogos 06, 2008

Keluaran Sulong Warkah Warisan


Tahniah diucapkan kerana "newsletter" yang kita tunggu sekian lama akhirnya telah di lancarkan penerbitannya pada pagi tadi oleh Ketua Editornya sendiri iaitu Sdr. Marzuki Mohd. Hashim. Newsletter ini di beri nama Warkah Warisan dan di lancarkan di laman blog berikut : http://wwnewsletter.blogspot.com
Menurut ketua editor Sdr. Marzuki, Warkah Warisan ini akan di terbitkan sebulan sekali dan beliau memohon kepada semua bekas pelatih ikmpj8789 yang mempunyai bahan-bahan untuk di muatkan dalam Warkah Warisan ini bolehlah emailkan padanya di alamat : juky05@gmail.com

Khamis, Julai 10, 2008

Jom Bersukaria di Cosmic Bowl Mid Valley


Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan perjumpaan di Cosmic Bowl Mid Valley sambil bermain bowling pada :-

Tarikh : 19hb. Julai 2008
Hari : Sabtu
Masa : 3pm - 5pm
Alamat : 3rd Floor, Mid Valley MegaMall,
Lingkaran Syed Putra,59200 Kuala Lumpur.
Tel: 603 - 2287 8280
Fax: 603 - 2287 9282

Untuk makluman bayaran untuk bermain pada masa tersebut adalah seperti berikut:
11am - 3pm = RM6.50/games
3pm - 9pm = RM7.00/games
Sewa Kasut = RM2.00 sepasang

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Marzuki Mohd Hashim
e-mail : juky05@gmail.com
Tel : 017-3525860

Sabtu, Jun 28, 2008

Laporan Reunion & Bermain Badminton

Berjaya juga akhirnya kami mengadakan perjumpaan reunion sambil bermain badminton di Taman Bukit Maluri, Kepong. Walaupun tidak ramai yang hadir namun sudah cukup untuk kita beramah mesra. Diantara yang hadir adalah Rahman, Mieha sekeluarga, Tan'im sekeluarga, Yusri (Bute), dan Zakri 3 beranak.
Gembira sungguh perasaan masing-masing kerana dapat mengenangkan masa silam semasa di IKM dulu dan bermain badminton bersama-sama. Kami semua yang hadir bersetuju untuk mengadakan lagi perjumpaan seperti ini untuk beriadah bersama keluarga dan bermain badminton di tempat yang sama memandangkan lokasinya yang strategik dan dewan yang selesa.
Kami ingin merakamkan terimakasih kepada penaja yang menaja pada hari tersebut iaitu:-
  • Ahmad Miharuddin Mahir Affandi - Sewa Gelanggang
  • Abd. Rahman Hassan - Shuttlecock
  • Tan'im Harun - Makanan (Sandwich Telor & Hot Dog)
Terimakasih juga pada Yusri (Bute) kerana hadir pada kali ini walaupun terlewat dan tidak dapat bermain badminton bersama-sama. Kesudian beliau untuk berjumpa dengan kami di sini amatkan membanggakan kami dengan semangat setia kawan.
Sekian laporan saya mengenai perjumpaan reunion dan bermain badminton di Dewan Badminton Starplus, Taman Bukit Maluri, Kepong.

Jumaat, Jun 27, 2008

Reunion X-IKMPJ.Jan88-Dec89

Bekas pelatih IKM Petaling Jaya bagi sessi Jan.1988 - Dis.1999
telah membuat laman blognya sendiri dan telah beberapa kali membuat reunion.

Kunjungilah laman blognya untuk mengetahui lebih detail tentang reunion yang telah di adakan.
http://xikmpj8889.blogspot.com/

Khamis, Jun 26, 2008

Marzuki Mohd Hashim

Inilah 4 orang hero Marzuki yang comel-comel.
Ucapan Hari Bapa daripada anak-anaknya membuatkan aku tergelak sendiri...bagaikan ia mengerti keadaan bapanya, walaupun masih kecil lagi.

Marzuki Mohd Hashim
e-mail : juky05@gmail.com
http://inkema.blogspot.com
Tel : 017-3525860

Majalah Warisan IKM.PJ


Inilah majalah warisan '87 dan '88 yang menjadi kenangan semasa kita di IKM PJ dulu. Majalah ini menggunakan format PDF dan jika ingin memuaturun, klik saja di cover majalah berkenaan.

Jumaat, Jun 20, 2008

Zainal Annuar (Minang)


Zainal Annuar (Minang)
Tel : 019-6630054
E'mail : zakhsk@yahoo.com

Khamis, Jun 19, 2008

Takziah Kepada Bekas Pelatih IKMPJ8789




Al-Fatihah

Marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada
kawan-kawan kita yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita.

Ralat

Saya sebagai penulis blog ini, ingin memohon ribuan kemaafan kepada Sdr. Hassan (LBS-B) kerana telah menyiarkan gambarnya sebagai kawan-kawan yang telah meninggal. Sebenarnya Sdr. Hassan sihat-walafiat dan masih lagi bersama-sama kita di bumi nyata ini. Harapan saya agar perkara yang seperti ini tidak akan berulang lagi di masa yang akan datang. Harap Maaf.

Isnin, Jun 16, 2008

Ahad, Jun 15, 2008

Azizuddin Zailan (LRB)


Ini adalah keluarga bahagia Azizuddin Zailan (LRB) yang telah mempunyai isteri 2 orang anak.
Beliau boleh di hubungi melalui :
e-mail : azizailan@gmail.com
Tel : 019-3617166

Sabtu, Jun 14, 2008

Abd. Rahman Hassan


Ini adalah keluarga bahagia Abd. Rahman yang mempunyai isteri 2 orang anak.
Beliau boleh di hubungi melalui :
e-mail : abdrahman.hassan@acevector.com.my
Tel: 019-3678808

Ahmad Miharuddin Mahir Afandi


Inilah keluarga bahagia Mihar yang telah mempunyai isteri 4 orang anak.
Mihar boleh di hubungi melalui :
e-mail : mieha202@gmail.com
Tel : 019-3884165

Jumaat, Jun 13, 2008

Jom Main Badminton


Sukacita dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan aktiviti
Jom Main Badminton pada :-
Tarikh :28hb. Jun, 2008 (sabtu)
Masa :9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Gelanggang No : 22
(Resit Tempahan Gelanggang di sertakan di bawah)
Tempat :Dewan Badminton Starplus,
No:19 & 21, Tmn Bukit Maluri Industri Area,
Kepong, 52100 Kuala Lumpur
Tel.: 03.627.445.44
(Sky View Map di sediakan di bawah)


Semua bekas-bekas pelatih ikmpj8789 lelaki dan perempuan bersama keluarga dijemput hadir.

  • Sila datang dengan kelengkapan bermain badminton seperti ;
  • Kasut yang sesuai bermain di dewan badminton ( yang tidak meninggalkan tanda di atas court, iaitu tapak berbentuk "wwww")
  • Riket Badminton yang sesuai.
  • Baju jenis cotton (cepat serap peluh)
  • Seluar sukan (track bottom)
  • Kos Perbelanjaan Main Badminton: (Kadar Bayaran ada di sertakan di bawah)

      • Sewa Gelanggang : $26.00 untuk main 2 jam (Pada kali pertama ini En. Ahmad Miharuddin Mahir Afandi telah menaja untuk bayaran sewa gelanggang. Saya sebagai penganjur ingin merakamkan ribuan terimakasih,)
      • Shuttlecock : $50.00 untuk 1 tabung ( Pada kali ini En. Abd. Rahman Hassan bersetuju untuk menaja shuttlecock. Saya sebagai penganjur ingin merakamkan ribuan terimakasih.)
    • Jumlah : $74.00 (Percuma untuk kali ini...Anda hanya perlu datang saja dan bawalah air dan makanan sekali ye untuk kawan-kawan.)




    Selasa, Januari 08, 2008

    Gimnastik Cilik

    Inilah peserta cilik gimnastik kita yang akan bertanding di sukan olimpik 2008 di China. Beliau berusia 18bulan ketika rakaman ini di rakamkan. Walaupun aksinya mengerikan tapi keadaannya tidak mengalami apa-apa kecederaan. Beliau adalah Adik Amirah Nabila Binti Mohd Zakri iaitu anak kepada penulis blog ini.

    Sekian, Terima Kasih.

    Mohon Ke Maafan

    Di sebabkan semuanya sibuk dengan masalah masing-masing. Reunion kita ke Lumut pada 22-23hb. Disember 2007 yang lalu tidak dapat di laksanakan. Oleh sebab itu saya cadangkan supaya tahun ini kita tetapkan tarikh yang betul-betul sesuai untuk semua. Dan rancang keluarga masing-masing. Bulan 12 nanti semua isteri2 pastikan kosong dalam perutnya.
    Okey... Tentang jawatan Reunion yang lepas di lanjutkan tempoh perkhidmatannya kerana perancangan yang lepas tidak terlaksana.

    Sekian.