Sabtu, Jun 28, 2008

Laporan Reunion & Bermain Badminton

Berjaya juga akhirnya kami mengadakan perjumpaan reunion sambil bermain badminton di Taman Bukit Maluri, Kepong. Walaupun tidak ramai yang hadir namun sudah cukup untuk kita beramah mesra. Diantara yang hadir adalah Rahman, Mieha sekeluarga, Tan'im sekeluarga, Yusri (Bute), dan Zakri 3 beranak.
Gembira sungguh perasaan masing-masing kerana dapat mengenangkan masa silam semasa di IKM dulu dan bermain badminton bersama-sama. Kami semua yang hadir bersetuju untuk mengadakan lagi perjumpaan seperti ini untuk beriadah bersama keluarga dan bermain badminton di tempat yang sama memandangkan lokasinya yang strategik dan dewan yang selesa.
Kami ingin merakamkan terimakasih kepada penaja yang menaja pada hari tersebut iaitu:-
  • Ahmad Miharuddin Mahir Affandi - Sewa Gelanggang
  • Abd. Rahman Hassan - Shuttlecock
  • Tan'im Harun - Makanan (Sandwich Telor & Hot Dog)
Terimakasih juga pada Yusri (Bute) kerana hadir pada kali ini walaupun terlewat dan tidak dapat bermain badminton bersama-sama. Kesudian beliau untuk berjumpa dengan kami di sini amatkan membanggakan kami dengan semangat setia kawan.
Sekian laporan saya mengenai perjumpaan reunion dan bermain badminton di Dewan Badminton Starplus, Taman Bukit Maluri, Kepong.

2 ulasan:

azizailan berkata...

aduiii jeles akuuu....tapi insyAllah kalau buat lagi akan cuba untuk hadirkan diri

Azizuddin Zailan
X-LRBian

zacrye berkata...

Tu lah Aziz...meriah kita jumpa keluarga masing2. Kalau lain kali kami buat lagi macam ini ...lapang2kan lah diri tu ye...

Xikmpj8789