Selasa, Oktober 28, 2008

Beraya Di Rumah Terbuka


Pada hari sabtu yang lepas hanya Zainal Abidin B. Abdul Rahman (X-IKM LSB-B) yang sempat aku bertemu, sebab kawan-kawan lain tidak dapat menghadirkan diri di atas masalah masing-masing dan mempunyai berbagai alasan.
Seronok jugak lah rumah terbuka Fazilawatie ni. Dia buat di Dewan Cita Kondominium berdekatan dengan swimming pool dan play ground membuatkan anak2 yang kita bawa tidak merasa bosan. Makanan yang di hidangkan mewah sekali...Sate, Lemang, Nasi Tomato, Kek pelbagai, A.B.C., dan banyak lagi....tak ingat dek aku ni...
Dapatlah berborak ngan Bidin ni....dia baru lepas konvo di Uitm. Sekarang dia kerja di Autoventure Mando Sdn. Bhd. di Meru Klang sebagai Production Executive.
Contact no : 012-3965159
Email: arnavh@tm.net.my

Tentang Fazilawati pulak dia telah kehilangan suami tersayang yang telah meninggal 4 tahun yang lepas kerana masalah usus. Dia hanya ada seorang saja anak lelaki yang telah berumur 14 tahun. Kalau nak hubungi beliau bolehlah di no : 012-2504332.

Di rumah terbuka Rahman pulak aku hanya jumpa dengan Tan'im sekeluarga saja. Ramai saudara Rahman yang turut hadir. Agak bz gak Rahman nak layan tetamu. Yang gembira anak-anak lah sebab dapat duit raya bila nak balik tu..


Jumaat, Oktober 17, 2008

Jemputan Rumah Terbuka Rahman


Abd. Rahman Hassan (X-IKMPJ 8789)

Menjemput kawan-kawan yang mengenalinya untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang di adakan pada :-

Tarikh: 26.10.2008 (Hari Ahad)
Masa : 2:00pm - 6:00pm
Alamat : B-7-3, Kondo Danau Murni, Jalan 1/109F,
Taman Desa, Kuala Lumpur.

Jemputan Rumah Terbuka Fazilawati


Fazilawati Abd. Rahman (X-IKMPJ 87-89)


Menjemput member2 yang mengenalinya datang ke jamuan rumah terbuka hari raya aidil fitri di rumahnya di Cita Damansara Kondominium, pada:-

Hari: Sabtu
Tarikh : 25.10.2008
Jam : 2pm - 7pm
Tempat : Swimming Pool Terrace, Blok B,
Cita Condo, Jalan PJU3/27,
Sunway Damansara, Petaling Jaya,
Selangor.
Keterangan Lanjut Boleh Hubungi Zarina Ahmad Di No. : 019-3729026

Jumaat, September 26, 2008

Khamis, Ogos 28, 2008

Album Nostalgia IKM

Inilah album nostalgia yang menjadi kenangan semasa di IKM 20 tahun yang lepas. Mari kita Layannnnnn...

Isnin, Ogos 25, 2008

Jamuan Sambutan Ramadhan

presentation or Upload your own.

Tahniah di ucapkan pada Marzuki kerana telah berjaya mengadakan Jamuan Sambutan Ramadhan yang di adakan di rumahnya pada hari sabtu 23hb. Ogos 2008. Walaupun hanya 5 keluarga yang hadir, kemeriahan tetap di rasakan dengan juadah makanan yang beraneka yang di bawa oleh tetamu yang hadir. Di antara juadah yang telah di sediakan ialah :-
  • Marzuki - Nasi Impit Lontong & Air Hijau Istimewa
  • Zulkifly - Sate Ayam & Daging (300 Cucuk)
  • Zacrye - Mee Hoon Goreng (1 Periuk), Dadih Kiwi & Dadih Mangga
  • Mieha - Kuih Seri Muka Durian & Pulut Hitam (2 Talam)
  • Roshaizad - Kerepek (1 Bag Plastik Besar)
  • Rahman - Pinggan & Cawan Kertas.

Harapan kami agar program seperti ini akan selalu di adakan di masa mendatang.

Akhir kata dari kami :

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semoga amalan yang di lakukan di terima oleh Allah snt.

Rabu, Ogos 20, 2008

Ibrahim Daud


Inilah dia senior kita yang telah sudi melawat blog kita ini yang mempunyai nickname "eindaud"
Beliau adalah bekas pelatih IKMPJ sessi Julai 86-Jun 88 dalam jurusan Lukisan Seni Bina (Studio B). Sebagaimana yang di beritahu melalui bilik borak laman blog ini, beliau sekarang menetap di Rawang dan telah mempunyai 7 orang cahaya mata dan sering jumpa dengan Ustaz Rashid & Siti Aida.

Rabu, Ogos 06, 2008

Keluaran Sulong Warkah Warisan


Tahniah diucapkan kerana "newsletter" yang kita tunggu sekian lama akhirnya telah di lancarkan penerbitannya pada pagi tadi oleh Ketua Editornya sendiri iaitu Sdr. Marzuki Mohd. Hashim. Newsletter ini di beri nama Warkah Warisan dan di lancarkan di laman blog berikut : http://wwnewsletter.blogspot.com
Menurut ketua editor Sdr. Marzuki, Warkah Warisan ini akan di terbitkan sebulan sekali dan beliau memohon kepada semua bekas pelatih ikmpj8789 yang mempunyai bahan-bahan untuk di muatkan dalam Warkah Warisan ini bolehlah emailkan padanya di alamat : juky05@gmail.com

Khamis, Julai 10, 2008

Jom Bersukaria di Cosmic Bowl Mid Valley


Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan perjumpaan di Cosmic Bowl Mid Valley sambil bermain bowling pada :-

Tarikh : 19hb. Julai 2008
Hari : Sabtu
Masa : 3pm - 5pm
Alamat : 3rd Floor, Mid Valley MegaMall,
Lingkaran Syed Putra,59200 Kuala Lumpur.
Tel: 603 - 2287 8280
Fax: 603 - 2287 9282

Untuk makluman bayaran untuk bermain pada masa tersebut adalah seperti berikut:
11am - 3pm = RM6.50/games
3pm - 9pm = RM7.00/games
Sewa Kasut = RM2.00 sepasang

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Marzuki Mohd Hashim
e-mail : juky05@gmail.com
Tel : 017-3525860

Sabtu, Jun 28, 2008

Laporan Reunion & Bermain Badminton

Berjaya juga akhirnya kami mengadakan perjumpaan reunion sambil bermain badminton di Taman Bukit Maluri, Kepong. Walaupun tidak ramai yang hadir namun sudah cukup untuk kita beramah mesra. Diantara yang hadir adalah Rahman, Mieha sekeluarga, Tan'im sekeluarga, Yusri (Bute), dan Zakri 3 beranak.
Gembira sungguh perasaan masing-masing kerana dapat mengenangkan masa silam semasa di IKM dulu dan bermain badminton bersama-sama. Kami semua yang hadir bersetuju untuk mengadakan lagi perjumpaan seperti ini untuk beriadah bersama keluarga dan bermain badminton di tempat yang sama memandangkan lokasinya yang strategik dan dewan yang selesa.
Kami ingin merakamkan terimakasih kepada penaja yang menaja pada hari tersebut iaitu:-
  • Ahmad Miharuddin Mahir Affandi - Sewa Gelanggang
  • Abd. Rahman Hassan - Shuttlecock
  • Tan'im Harun - Makanan (Sandwich Telor & Hot Dog)
Terimakasih juga pada Yusri (Bute) kerana hadir pada kali ini walaupun terlewat dan tidak dapat bermain badminton bersama-sama. Kesudian beliau untuk berjumpa dengan kami di sini amatkan membanggakan kami dengan semangat setia kawan.
Sekian laporan saya mengenai perjumpaan reunion dan bermain badminton di Dewan Badminton Starplus, Taman Bukit Maluri, Kepong.
Xikmpj8789