Rabu, Oktober 21, 2009

Beraya Di Rumah Tan'im Harun

Pada 17hb. Okt. 2009 yang lepas, aku sekeluarga telah pergi beraya di rumah Tan'im Harun atas jemputannya. Bertemu lak dengan Ismail (x-ikmpj 8789 - LRB3c) bersama keluarganya yang tak pernah aku jumpa sejak keluar dari IKM dulu. Raut wajahnya dan personalitinya sejak dulu sampai sekarang tidak banyak berubah....cuma aku saja yg ketara perubahannya hehhe...

Rumah Tan'im ni adalah kondominium baru yang di belinya di Blok D, Tingkat 21, PV 10, Platinum Lake Condominium, Taman Danau Kota, 53300, Setapak, Kuala Lumpur.
Dahsyat gak mamat ni beli kondo di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Harganya...sendiri mahu ingat laaa.....
Yuran penyelengaraannya lak $150/bulan.

Kemudahannya banyak.....yang aku jumpa, cybercafe, restorant mamak, saloon rambut, kedai buku, mini market, gym
dewan serbaguna, parkir berbumbung, tennis, dll....

Dan aku tengok kehidupan Tan'im kat sini telah berubah....
macam burung di awangan laaa...heheh

Xikmpj8789